Kenapa perlu simpan emas?

Mengapa anda & saya perlu menyimpan emas?

harga-emas-tahun-2020

1. Keselamatan (Security)

Wang yang disimpan di bank akan hilang secara perlahan-lahan dek caj-caj pengurusan bank, caj kad debit dan sebagainya. Malah sekiranya, akaun simpanan anda dorman atau tidak aktif, bank mungkin akan memotong beberapa ringgit dari akaun antara RM10-RM30 dan berkemungkinan wang simpanan anda akan terus lesap sepenuhnya apabila pihak bank mengambil tindakan untuk menutup terus akaun tersebut.

Simpanan emas anda walaubagaimanapun sama sekali selamat dari caj-caj dan kemungkinan yang berlaku seperti wang kertas kerana ia adalah milik mutlak dan peribadi.

2. Perlindungan (Protection)

Simpanan dalam bentuk wang fiat kertas akan sentiasa dimamah inflasi setiap hari tetapi tidak pada emas. Nilai emas anda akan sentiasa meningkat. ANDA Tidak Akan Hilang Kekayaan Jika Menyimpan Emas.

3. Mudah Dicairkan (High Liquidity)

Pelaburan dalam saham, hartanah, properti, kenderaan, bon, barang antik, artifak, lukisan dan sebagainya tidak mudah dicairkan. Ianya mungkin memerlukan masa yang minimum sehari atau lebih untuk ditukarkan kepada duit bagi urusan transaksi urusniaga seharian. Ini kerana permintaan segera ke atasnya adalah terbatas, peminatnya tidak selalu ada dengan memetik jari sahaja, malah nilainya mungkin menyusut akibat caj pengurusan, cukai- cukai, upah broker, inflasi, dan pelbagai caj lagi.

Untungnya, apabila anda ada emas, dengan mudah anda boleh mencairkannya di mana-mana sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia sekali pun.

Terdapat permintaan yang sangat tinggi terhadap emas di mana-mana. Kedai-kedai emas, institusi pajakan, peminat-peminat emas, pengumpul koleksi emas, wakil-wakil bank tertentu, dan mana-mana ejen Jongkong Emas dan ramai lagi.

4. Menguntungkan (Profitable)

Keuntungan dari simpanan emas sesungguhnya tidak perlu diperdebatkan lagi. Ini kerana, tidak ada pelaburan lain, yang cukup selamat dan kurang risikonya, tetapi mampu memberikan pulangan yang sangat lumayan setiap tahun.

Pelaburan emas secara puratanya memberikan antara 15 –35% kadar keuntungan setahun bergantung kepada spread emas yang anda beli.

5. Risiko rendah (Low Risk)

Dalam jangkamasa panjang, boleh dikatakan risiko melabur dalam emas adalah sangat kecil dan langsung tiada. Anda mungkin hanya perlu membiayai caj simpanan di safety deposit box sahaja sebagai beban tahunan. Memanglah ada masa dan ketika harga emas jatuh sedikit pada jangkamasa pendek dan sederhana, namun, jika dilihat pada rekod, harga emas setiap tahun tidak pernah jatuh, malah melonjak ke paras harga yang lebih tinggi.

Tahun ini sahaja, emas telah mencatatkan kenaikan untuk lebih 34%. Jadi risikonya hanya melibatkan sama ada kehilangan, kecurian atau rompakan sahaja, di mana kebarangkaliannya adalah sangat kecil.

masa meklate

Pasti anda semua pernah mendengar ungkapan ini. Memang betul. Sesungguhnya, kita tidak akan dapat mengundurkan masa dan EMAS dikaitkan dengan masa untuk menunjukkan betapa bernilainya masa.

Oleh itu, MILIKI EMAS ketika anda mampu dan sebelum terlambat.

INGAT!
Simpanan dalam bentuk RM hanya merugikan walaupun nilaiannya sama kerana kuasa membeli wang akan terus merudum jatuh dan merosot, manakala EMAS pula tidak.

Tukarkan bentuk pelaburan kita di dalam bentuk EMAS. Kita boleh mengubahnya.

INILAH MASANYA! LET’S GET GOLD!